Solekan Asas (Siang Dan Malam) ~ Solekan "Zero To Advance" | Teknik Lukis Kening by Mua Chik Lynnz
8 September 2019 | Aktiviti TerkiniKursus Solekan Asas (Siang dan Malam) dari "Zero to Advance" dan Teknik Lukis Kening telah berjaya diadakan pada 7 September 2019 di Bilik Latihan, Pusat Internet PPR Taman Dahlia. Kursus ini bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang.
Kursus ini dianjurkan oleh Syarikat Kekal Indah dengan menjemput tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang solekan iaitu Chik Lynns (MUA). Peserta terdiri daripada 8 orang yang tidak berpengalaman dalam bidang solekan. Para peserta diajar mengenai solekan asas, teknik melukis kening, solekan ala-ala 'Barbie Doll' dan solekan untuk waktu siang dan malam. Semua peserta tidak mempunyai pengalaman dalam bidang solekan dan teknik dari 'Zero to Advance' menampakkan hasil yang luar biasa dari para peserta.
Selain daripada mendengar tunjuk ajar dari Cikgu Chik Lynnz, para peserta mempraktikan apa yang dipelajari secara praktikal dan diakhir kursus, setiap peserta diberi peluang untuk membentangkan hasil solekan mereka. Setelah tamat kursus, peserta layak untuk menerima sijil tamat kursus penyertaan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur. Kursus berjalan dengan lancar kerjasama yang baik yang diberikan oleh para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: